nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Restoran berputar di Menara KL diarah tutup

22 DIS : Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) memaklumkan tindakan pengosongan restoran ‘berputar’ di bangunan itu dibuat selepas perjanjian penyewaan yang dimeterai tamat tempoh, Jun lalu.

Menurut MKLSB, Asian Kitchen (M) Sdn Bhd (AKSB) memeterai perjanjian untuk mengendalikan perniagaannya termasuk Atmosphere 360 ​​dan Café 360 dengan MKLSB, yang mana kontrak itu tamat tempoh pada 31 Disember 2022.

Pada 10 Oktober, dua bulan sebelum kontrak tamat, makluman awal disampaikan kepada AKSB iaitu penyewaan premis itu tidak akan diperbaharui dan tamat pada tarikh yang dinyatakan sebelum itu.

Katanya, AKSB kemudiannya merayu supaya lanjutan sewaan itu dapat dibuat dan MKLSB bersetuju serta membenarkan syarikat itu menjalankan perniagaan sehingga 30 Jun 2023.

Bagaimanapun katanya, pada 9 Jun lalu, AKSB memfailkan injuksi untuk menghalang MKLSB daripada menguatkuasakan haknya sebagai pemilik tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumput menolak permohonan itu pada 27 Jun.

Susulan itu, setelah tamat tempoh penyewaan pada bulan Jun, MKLSB meminta AKSB mengosong premis namun ia tidak diendahkan.

“Walaupun AKSB menyalahi undang-undang bermula 1 Julai, MKLSB tidak sekali pun mengganggu operasi dan pengurusan Atmosphere 360 ​​dan Café 360.

“MKLSB ingin menekankan semua langkah yang diambil dalam menyelesaikan isu penyewaan ini, dilakukan dengan undang-undang dan prosedur sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu MKLSB berkata, laporan yang dikeluarkan pihak media sebelum ini kurang tepat kerana pihak mahkamah sudah mengeluarkan writ pemilikan, penyitaan dan penjualan, supaya Atmosphere 360 ​​& Café 360 tidak lagi beroperasi di menara itu.

“MKLSB amat kesal dengan kejadian pada Khamis, kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.

Pada 5 April lalu, Hydroshoppe Sdn Bhd dan seorang pengarahnya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ia bertujuan mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Bagaimanapun, Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terbabit dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Suzana Hussain dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Hydroshoppe melakukan kesalahan kerana seseorang yang bersekutu dengannya iaitu Abdul Hamid Shaikh secara rasuah menawarkan wang RM500,000 setahun selama tempoh itu kepada Datuk Tan Ser Lay, 60 bagi faedah Annuar dengan niat untuk memperoleh perniagaan iaitu pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Abdul Hamid Shaikh pula berdepan tuduhan menawarkan kepada individu sama suatu suapan iaitu RM500,000 dalam tempoh sama, sebagai dorongan kepada bekas menteri itu melakukan suatu perkara dicadangkan iaitu mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL oleh Hydroshoppe.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.