23 DIS : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melulus resolusi menambah bantuan kepada Palestin.
Kelulusan itu dibuat di tengah-tengah desakan gencatan senjata oleh pelbagai pemimpin dan masyarakat dunia.
Gaza masih terus-terusan dibedil Israel yang memusnahkan rumah, sekolah, bangunan kerajaan dan fasiliti awam.
Penduduk di Gaza dihimpit kebuluran selepas terputus bekalan makanan dan minuman.
Terdahupu pada Jumaat, UNSC akhirnya menerima-pakai resolusi yang meminta semua pihak dalam konflik membenarkan penyaluran bantuan kemanusiaan secara selamat dan tanpa halangan.
Resolusi PBB menggesa mewujudkan kaedah menghentikan permusuhan berterusan tetapi tidak menggesa supaya pertempuran dihentikan segera.
Awal bulan ini, sekutu Israel, Amerika Syarikat menyekat undi yang menggesa gencatan senjata, berkecuali bersama-sama Rusia.
Undian selepas Program Makanan Sedunia PBB memberi amaran penduduk Gaza akan menghadapi kebuluran yang teruk.