nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Piket Palestin: Polis buka kertas siasatan

27 DIS : Polis membuka kertas siasatan berhubung piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, di Kuala Lumpur yang diadakan sejak semalam susulan penganjurannya dilakukan tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Ashari Abu Samah berkata kertas siasatan berkenaan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata sehingga kini, polis belum memanggil penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ untuk diambil keterangan kerana menunggu perhimpunan aman itu selesai, Ahad ini.

“Para peserta ketika ini masih patuh arahan polis dan mereka tidak menghalang laluan jalan raya di kawasan itu. Selain itu, anggota-anggota polis juga berkawal dan meninjau kawasan itu pada setiap hari selama 24 jam,” katanya lapor Bernama.

Mengulas mengenai tindakan segelintir peserta yang memasang khemah di kawasan itu, Ashari berkata polis tiada hak untuk merobohkan khemah-khemah itu kerana ia tidak didirikan di hadapan bangunan kedutaan negara berkenaan.

“Khemah-khemah berkenaan dipasang di kawasan siar kaki maka itu di bawah kawalan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk diambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa buah khemah masih didirikan di sekitar kawasan itu walaupun polis telah melarang peserta untuk mendirikan sebarang struktur sepanjang piket tersebut.

Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang mengorbankan 20,424 rakyat Palestin setakat 24 Disember lalu, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Solidariti di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.