nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ramasamy saman Zakir Naik dakwa difitnah pada ceramah di Nigeria

27 DIS : P Ramasamy memfailkan saman terhadap pendakwah bebas terkenal, Dr Zakir Naik atas dakwaan difitnah pada satu ceramah di Nigeria, bulan lalu, lapor BH.

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang II itu memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 Disember lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir atau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada satu ceramah di Sokoto, Nigeria, 2 November lalu.

Menurut Ramasamy, rakaman ceramah itu dimuat naik oleh Zakir pada 4 November lalu di laman Facebook miliknya yang mempunyai sekitar 23 juta pengikut, yang menyentuh mengenai kemenangan kes saman fitnahnya (terhadap Ramasamy) dan mendakwa defendan menggelarnya sebagai musuh umat Islam.

Pada 2 November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada Zakir kerana mengeluarkan lima kenyataan fitnah terhadapnya.

Ramasamy menegaskan, tuduhan Zakir adalah palsu, berbaur fitnah dan dibuat dengan niat jahat, yang mampu membentuk maksud biasa dan semula jadi bahawa beliau seorang rasis dan anti-Islam jika ia dibawa kepada perhatian orang yang munasabah.

Berikutan tuduhan itu, Ramasamy berkata Zakir membuat kenyataan tanpa asas dan provokasi yang merosakkan nama baik dan reputasinya, selain dibenci, dijauhi, dihina, ditertawakan atau dipandang rendah oleh masyarakat khususnya orang Islam.

“Saya tidak hadir pada majlis itu dan tidak dapat membela atau membalas tuduhan berkenaan. Defendan disanjungi umat Islam seluruh dunia sebagai tokoh agama, jadi tuduhan itu dipercayai bulat-bulat masyarakat Islam terutama pengikutnya sehingga saya mendapat kecaman dan ugutan teruk di media sosial,” katanya.

Ramasamy berkata walaupun sudah menghantar surat tuntutan bagi memberi peluang menarik balik kenyataan itu, Zakir gagal memenuhi terma dinyatakan dalam surat berkenaan atau memberikan sebarang penjelasan.

Sehubungan itu, Ramasamy menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan dan memohon perintah injunksi mandatori supaya defendan menarik balik tuduhannya dan memadamkan rakaman video di semua laman sosial milik defendan.

Ramasamy turut menuntut Zakir membuat permohonan maaf terbuka dan tanpa syarat yang akan diterbitkan di akaun Facebook milik defendan selama 30 hari dan menerbitkan permohonan maaf di beberapa akhbar tempatan berbahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil.

Dalam prosiding pengurusan kes hari ini yang dijalankan secara e-review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, mahkamah memerintahkan Zakir memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 16 Januari ini dan menetapkan tarikh pengurusan kes lanjut pada 19 Februari ini.

Pada prosiding berkenaan, Zakir diwakili peguam Meor Hafiz Salehan manakala Dr Shamser Singh Thind bertindak untuk Ramasamy.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.