28 DIS : Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan RM50 juta bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas dengan banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan setiap mangsa banjir di negeri itu akan menerima bantuan wang tunai berjumlah RM1,000.
“Bantuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) ini disalurkan terus kepada mangsa terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati di Pasir Mas, hari ini.
Beliau ditemani Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.