28 DIS : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kelantan untuk meninjau sendiri situasi banjir di negeri itu
Pesawat yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa pada jam 12.08 tengah hari tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Hadir sama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.
Memetik laporan Bernama, Anwar dijadualkan melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.
Pusat Kawalan Bencana Negara Nadma pada Khamis melaporkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada pukul 8 malam tadi.