28 DIS : UMNO sekali lagi menegaskan tiada keperluan untuk mendesak pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor.
Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh berkata kerajaan negeri yang ditadbir UMNO-BN itu stabil tanpa perlu diubah.
“Yang penting rakyat nak tengok kerajaan hari ini dapat tadbir dengan baik atau tidak dan rakyat dapat manfaat.
“Itu jauh lebih penting,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan misi bantuan banjir Pemuda UNNO ke Kelantan di Menara Dato Onn, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pemimpin Amanah Johor, Zuhan Zain tang menggesa suatu isyarat dihantar supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk di Johor dengan penyertaan PH di sebalik dominasi BN di DUN dengan 40 kerusi.
Kelmarin, perkara sama ditegaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Katanya, tidak perlu tergesa-gesa menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di Johor kerana keadaan di negeri jauh berbeza dengan kerajaan perpaduan yang dibentuk di Putrajaya mahupu Perak.
ADUN Rengit itu berkata PRN Johor pada Mac tahun lalu menyaksikan BN menewaskan PH dengan majoriti dua pertiga sekali gus tidak timbul isu penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Ketika ini, BN menguasai 40 kerusi di DUN Johor manakala PH (13), Perikatan Nasional (3) dan MUDA satu kerusi.