29 DIS : Pakistan mengumumkan larangan sebarang bentuk sambutan Tahun Baharu sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.
Perdana Menteri sementara, Anwarul Haq Kakar berkata tentera zionis sudah membunuh lebih 21,000 penduduk Palestin termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober lalu.
Beliau mengutuk pembantaian berterusan rejim Israel terhadap penduduk di wilayah Palestin yang diduduki.
“Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat,” katanya.
Maka Pakistan menguatkuasakan larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu yang bakal tiba tidak lama lagi.