30 DIS : Kementerian kesihatan di Gaza dikendalikan Hamas mengesahkan sekurang-kurangnya 21,507 orang terbunuh di wilayah Palestin sejak 7 Oktober lalu.
Memetik laporan AFP, angka itu termasuk 187 orang yang terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata 55,915 orang cedera di Gaza semasa pertempuran.
Sementara itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sejak 7 Oktober, lebih 80 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dihalau dari rumah masing-masing.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata 308 orang yang mencari perlindungan di kemudahan mereka telah terbunuh semasa perang.
Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas sebagai tindakan balas terhadap serangan kumpulan pejuang Palestin pada 7 Oktober yang menyebabkan kira-kira 1,140 orang terbunuh menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel..