2 JAN : Jumlah mangsa banjir Kelantan, Pahang dan Johor terus mencatatkan penurunan hari ini
Menurut data data di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga 6 pagi tadi, hanya 80 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus mencatat pemulihan dengan kini hanya 26 mangsa ditempatkan di satu PPS.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 29 orang yang berlindung di dua PPS di Maran.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor menurun dengan hanya 25 mangsa ditempatkan di satu PPS di Segamat.
Tinjauan situasi status stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai catat paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Pekan, Sungai Keratong dan Sungai Rompin di Rompin.
Sesi persekolahan bermula hari ini dengan pelajar terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian biasa ke sekolah.