nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid tahu ‘Langkah Dubai’

2 JAN : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akui menyedari kewujudan ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan sebagai cubaan menumbangkan kerajaan hari ini namun beliau menyifatkan usaha itu hanya membuang masa.

Malah beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah memperoleh maklumat berkaitan langkah itu sejak mereka yang terlibat tiba di Dubai.

Namun tegasnya sebarang langkah menukar kerajaan menerusi akuan bersumpah (SD) bukan satu cara yang baik.

“Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (di Dubai). Laporan selepas itu kami peroleh juga, tapi pada hemat kami, langkah itu hanya membuang masa.

“Tidak ada langkah yang mendasarkan keputusan itu hanya kepada akuan bersumpah dan saya fikir langkah yang mereka lakukan bukan satu langkah baik kerana mereka sudah lakukan ‘tebuk atap’ ini beberapa kali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Namun Zahid enggan mendedahkan identiti individu yang terlibat dalam langkah itu.

Beliau yang juga Presiden UMNO menasihatkan individu terbabit menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang jika mahu membentuk kerajaan baharu.

“Bukan soal-soal politik. Tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kalau mereka mahu tukar kerajaan. Kerajaan yang ada akan beri tumpuan untuk perkukuhkan ekonomi, membantu rakyat dan mewujudkan kestabilan dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Pada masa sama, beliau sempat mengingatkan individu terbabit khususnya dari UMNO perlu menyedari mereka terikat dengan undang-undang bertukar parti serta keputusan dasar parti.

“Kita harus husnuzon dalam perkara yang begini, bahawa apa pun langkah yang dilakukan, mereka harus melihat terdapat akta anti lompat parti yang mereka sedia faham. Ia memerlukan keputusan besar kepada parti dan ia membabitkan keputusan secara ‘en bloc’.

“Apa yang penting, apabila rakyat sudah beri mandat kepada parti dan dokongan kepada ahli-ahli Parlimen dipilih dan kini kita dapati Kerajaan Perpaduan ada sokongan dua pertiga, ertinya rakyat harus diberikan keadilan supaya politik dimantapkan,” katanya.

Sebelum ini kewujudan ‘Langkah Dubai’ didakwa digerakkan pemimpin parti pembangkang dan wakil tertentu kerajaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan perkara itu namun dinafikan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.