nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tebuk atap hanya rencatkan kestabilan politik

6 JAN : Perikatan Nasional (PN) tidak sepatutnya menjadi pembangkang destruktif yang terus-terusan mahu menebuk atap untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

Ahli Parlimen kerajaan, Hassan Abdul Karim berkata meski perkara itu dibenarkan undang-undang namun ia akan merencatkan kestabilan politik.

Beliau merujuk kepada Langkah Dubai yang sedang cuba direalisasikan pembangkang ketika ini untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, pembangkang sepatutnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang untuk mencuba merampas kerajaan dari tangan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Sabar, kasihanilah dengan rakyat. Kalau nak jatuhkan kerajaan bukan dengan cara tarik sokongan terhadap kerajaan, ikut pintu belakang atau tebuk atap, tunggulah PRU (pilihan raya umum) akan datang.

“Kerajaan yang ada ini baru berusia setahun. Ada tiga atau empat tahun lagi, bolehlah nilaikan. Kalau elok, pilihlah semula…kalau tak elok gantikan dengan yang lain. Ada caranya,” katanya.

Terdahulu, isu tebuk atap terus hangat diperkatakan apabila didedahkan kewujudan Langkah Dubai yang didakwa untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘Langkah Dubai’ didakwa digerakkan pemimpin parti pembangkang dan wakil tertentu kerajaan.

Dalam pada itu, Hassan berkata PN hendaklah memberi peluang kepada Kerajaan MADANI pimpinan Anwar menghabiskan penggalnya sebelum menilai prestasi.

“Cukup-cukuplah, apa salah atau apa kelemahan kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang cuba atasi dan buat yang terbaik.

“Kalau ada polisi yang lebih baik tunggulah PRU, dah menang nanti bolehlah laksanakan,” tambahnya.

Tegasnya,masih ada pelbagai isu dalam negara yang memerlukan perhatian serta penyelesaian kerajaan sedia ada termasuk memulihkan ekonomi, menangani Covid-19 dan banjir yang sedang melanda.

“Hormati dan kesian juga kepada Yang di-Pertuan Agong, kita pun nak ada peralihan kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong sekarang kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru.

“Jadi biarlah dan bagi kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar menerajui kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.