10 JAN : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan kepada 1.4 juta pencarum berumur antara 40 dan bawah 55.
Insentif berjumlah RM708 juta itu diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 setakat 24 Februari 2023.
“Insentif caruman RM500 one-off ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023.
“Ia bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur pesaraan untuk terus menyimpan serta mengukuhkan pengumpulan simpanan pesaraan mereka”, kata dana persaraan itu dalam satu kenyataan.
Kata KWSP, insentif ini juga sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan simpanan dan menyumbang kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.