11 JAN : Angka korban akibat pembantaian rejim zionis di Gaza sejak 7 Oktober lalu terus meningkat kepada 23,210 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 59,167 lagi cedera.
Memetik laporan Agensi Anadolu, sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan-jalan raya.
Ia susulan ambulans tidak dapat masuk ke lokasi disebabkan serangan udara dan darat bertubi-tubi yang dilancarkan rejim Tel Aviv itu .
Serangan berterusan itu turut memusnahkan 60 peratus infrastruktur di Gaza manakala hampir 2 juta penduduk hilang tempat tinggal.
Penduduk di Gaza juga bergelut dengan kekurangan makanan, air bersih serta ubat-ubatan.