GRS tidak akan sertai langkah tumbangkan kerajaan
11 JAN : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan menyertai mana-mana langkah mengguling Kerajaan Perpaduan.
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berjaya tindakan itu hanya akan membawa kekacauan dan menjejaskan kestabilan negara.
Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata ketika ini negara memiliki Kerajaan MADANI yang berfungsi serta mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri Sabah.
“Jadi kenapa perlu mengucar-kacirkan keadaan? Kita bekerja demi kemakmuran negara dan rakyat, kami tidak menyokong sebarang langkah yang boleh menjejaskan kestabilan negara.
“Malaysia mengamalkan demokrasi, mereka yang bercita-cita menjadi perdana menteri perlu menunggu pilihan raya umum untuk melihat sama ada rakyat menerima mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Hajiji berkata GRS turut memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan yakin dengan kepimpinan beliau.
“Biarkanlah beliau memimpin negara kita yang berbilang kaum ini ke arah kemakmuran,” katanya.
Beliau turut mempertikai motif serta niat pihak mencipta ‘Langkah Dubai’ yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.