12 JAN : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)i mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga 14 Januari depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata amaran tersebut melibatkan Pahang dan Johor.
Di Pahang, ia melibatkan satu daerah iaitu Rompin manakala Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan terhadap dua negeri berkenaan.
Ia melibatkan daerah Pekan di Pahang manakala enam daerah di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.
Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.