15 JAN : Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan semakin hilang sabar dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung konflik di Gaza.
Memetik pegawai AS, laman web berita Axios melaporkan Biden dan pegawai kanan AS semakin kecewa dengan pemimpin zionis itu yang enggan mematuhi permintaan pentadbiran berhubung konflik di Gaza.
“Keadaan ini teruk dan kami tersekat. Kesabaran presiden semakin tipis,” lapor Axios.
Laporan itu juga menyatakan Biden sudah tidak berhubung dengan peNetsnyahu sejak 20 hari lalu.
Memetik laporan Agensi Anadolu, panggilan telefon terakhir antara dua pemimpin berkenaan yang berlaku pada 23 Disember lalu digambarkan sebagai ‘tegang’.
“Terdapat kekecewaan yang besar,” kata pegawai AS itu.
Antara permintaan AS kepada Netanyahu ialah pelepasan hasil cukai Palestin yang ditangguhkan Israel, ketidakupayaan Israel untuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan ke Gaza, penolakan Netanyahu terhadap rancangan AS untuk Pihak Berkuasa Palestin yang telah diperbaharui mempunyai peranan dalam pasca-Hamas Gaza dan pengurangan operasi Israel di Gaza.
Sekurang-kurangnya 23,968 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan 60,582 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.