22 JAN : Nama calon Tuan Yang di-Pertua (TYT) Sarawak sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama itu akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Katanya, nama calon itu dikemukakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada beliau.
Proses lantikan Yang di-Pertua Negeri adalah budi bicara yang Yang di-Pertuan Agong dan akan diumumkan dalam satu dua hari lagi,” katanya ditemui media selepas Wacana Pemikir Global 2024 di Universiti Malaya, hari ini.
Menyentuh soal jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara yang kosong selepas peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan malam ini pada mesyuarat Kerajaan Perpaduan.
Katanya lagi, pelantikan baharu itu akan dilaksanakan segera.
Sebelum ini terdapat laporan mendakwa Wan Junaidi yang meletakkan jawatan Speaker susulan dilantik sebagai TYT Sarawak kelapan.
Namun tiada pengesahan rasmi diumumkan.
Perkhidmatan Tun Abdul Taib Mahmud, 88 sebagai TYT Negeri Sarawak ketujuh akan tamat pada 28 Februari depan.
Untuk rekod, Abdul Taib telah memegang jawatan tersebut selama 10 tahun di mana sebelum ini beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.