25 JAN : Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn dilaporkan bakal dinamakan sebagai CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu.
Reuters memetik tiga individu yang rapat dengan perkara itu susulan jawatan itu kosong sejak CEO KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet, Disember lalu
Dua sumber tersebut mendakwa pengumuman lantikan Ahmad Zulqarnain dijangka pada akhir bulan ini.
Ahmad Zulqarnain merupakan graduan Harvard University yang dilantik pada Julai 2020 untuk menerajui PNB.
Di bawah kepimpinan Ahmad Zulqarnain, PNB menerajui pembentukan kumpulan automotif terbesar Malaysia bagi menyokong usaha kenderaan elektrik (EV) negara dan berusaha menambah aset infrastruktur ke dalam portfolionya sebagai sebahagian strategi kepelbagaian.
Sebelum menyertai PNB, Ahmad Zulqarnain adalah Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.