27 JAN : Ahli politik yang menerima banyak pencen wajar menerima salah satunya sahaja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu menjadi tangungjawab moral mereka termasuk bekas menteri, menteri besar dan pegawai kerajaan.
“Dalam keadaan begini, memenuhi tanggungjawab moral mereka. Mungkin mereka boleh menolak pencen yang lain dan memilih satu. Itu mungkin…terserah kepada mereka,” katanya.
Katanya kepada media selepas merasmikan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) agar bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat serta skim pencen kakitangan awam diteruskan.
Semalam, Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut ganjaran bukanlah pencen seperti difahami sesetengah pihak.
Sebelum ini, keputusan Kabinet yang bersetuju lantikan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak berpencen menimbulkan polemik.