nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MITI kerjasama dengan kementerian, agensi tingkat tenaga mahir

29 JAN : Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerjasama dengan kementerian dan agensi relevan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir di Malaysia.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, menerusi kerjasama itu semua pihak akan merangka perancangan yang sewajarnya untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir Malaysia.

“Satu contoh adalah kami membincangkan cadangan untuk membenarkan pelajar yang belajar di universiti Malaysia, seperti pelajar kejuruteraan untuk bekerja. Pada masa ini mereka tidak dibenarkan untuk bekerja.

“Kita akan lihat pada bahagian yang tidak dapat ditampung oleh pekerja tempatan, terutamanya dalam perkhidmatan tokokan nilai dan sektor teknologi tinggi, dan membenarkan pelajar bekerja bagi satu tempoh tertentu. Kita belum mengusulkan lagi (cadangan itu) kepada Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog MITI 2024 di Kuala Lumpur pada Isnin.

“Itu adalah satu daripada penyelesaian sementara, tetapi kita juga perlu menarik pekerja dan pelajar kita di luar negara untuk kembali ke tanah air; kita ada ramai (pekerja dan pelajar di luar negara),” katanya, lapor Bernama 

Tengku Zafrul berkata, apabila pelaburan mengalir masuk ke dalam negara, para pelabur memerlukan tenaga kerja mahir.

“Sebagai contoh, semasa AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd membuka kilang di Kulim, Kedah, mereka memerlukan 6,000 jurutera manakala Intel memerlukan 5,000 jurutera.

“Ia suatu yang positif (pelaburan) tetapi pada masa yang sama, negara kita perlu memastikan tenaga kerja ada tersedia,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata MITI sedang memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) termasuk dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijangka selesai pada akhir Jun tahun ini.

“Satu daripada eksport adalah tekstil. Terdapat pensijilan tekstil halal. Malahan, China dan Indonesia sedang melakukannya (pensijilan halal). Malaysia belum lagi ada.

“Kita telah meminta Perbadanan Pembangunan Halal bersama-sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan standard bagi tekstil halal,” katanya.

Dialog MITI 2024 disertai hampir 300 peserta daripada 24 kementerian dan agensi MITI termasuk wakil daripada 103 persatuan, dewan perniagaan dan majlis perniagaan yang membincangkan mengenai strategi, penyelesaian dan pelaksanaan untuk mengukuhkan lagi ekosistem perindustrian, perdagangan dan pelaburan Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.