nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MIDF Research jangka ekonomi negara kukuh 4.7% tahun ini

3 FEB : Ekonomi Malaysia dijangka berkembang kukuh sebanyak 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah momentum pertumbuhan yang bertambah baik, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu dalam tinjauan bulanannya bagi Januari 2024 berkata, pertumbuhan yang bertambah baik itu dijangka disokong oleh pemulihan perdagangan luar, di samping pertumbuhan mampan dalam perbelanjaan domestik.

“Bagaimanapun, kami memantau dengan berhati-hati potensi risiko penurunan, seperti peningkatan ketegangan geopolitik, gangguan bekalan (dan perdagangan global), turun naik pasaran komoditi dan kewangan,” katanya, lapor Bernama.

Selain itu ia turut mengambil kira kemungkinan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat (AS), yang boleh menjejaskan permintaan luar Malaysia dan prospek pertumbuhan keseluruhan.

“Di peringkat domestik, kami memantau dengan teliti faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada prospek harga, yang mungkin menjejaskan keseluruhan aktiviti perbelanjaan domestik,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research menganggarkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar sederhana sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, meningkat sedikit daripada 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

“Walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih sederhana pada suku keempat 2023, berdasarkan arah aliran dalam kedua-dua Indeks Pelopor dan Indeks Serentak, kami menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan jangkaan pemulihan dalam permintaan luar,” katanya.

“Bagi tahun penuh 2023, (berdasarkan anggaran awal) pertumbuhan KDNK Malaysia sederhana kepada +3.8 peratus, rendah sedikit berbanding anggaran kami berikutan penurunan dalam perdagangan luar dan aktiviti pembuatan.

Secara keseluruhannya, pertumbuhan terus dipacu oleh peningkatan permintaan dalam negeri yang berterusan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.