5 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan Kerajaan Perpaduan tidak tegas terhadap permasalahan rasuah susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Isu yang dibangkitkan konon kita longgar terhadap permasalah rasuah, itu tidak benar,” katanya, lapor Bernama.
Anwar berkata proses badan kehakiman itu diteruskan dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memberi kata dua kepadanya berhubung keputusan terhadap Najib itu.
“Ada hak dia (Najib) atau parti supaya perdana menteri dan lembaga pengampunan beri pertimbangan,” katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.
Anwar berkata banyak perkara yang perlu diutamakan Kerajaan Perpaduan. Antaranya kata perdana menteri lagi, berhubung soal ekonomi dan penyelarasan gaji penjawat awam.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim