6 FEB : Bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam akan disalurkan pada 23 Februari ini.
Ia melibatkan penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.
Anwar berkata bayaran insentif itu dibayar awal bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Ketika membentangkan Belanjawan 2024 tahun lalu, Anwar mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim