7 FEB : Seramai 123 wartawan Palestin dilaporkan terbunuh sejak serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, 7 Oktober lalu.
Angka itu dilaporkan Agensi Berita Jordan (PETRA) yang memetik pejabat kerajaan di Gaza pada Selasa.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian seorang wartawan yang juga Pengarah Pusat Penerangan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Rizq Al-Gharabli.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 27,585 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.