nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nota Jemaah Menteri mengenai pembangunan semula Gaza akan dibentang 

12 FEB : Satu nota Jemaah Menteri mengenai agenda pembangunan semula Gaza akan dibentangkan kepada anggota Kabinet tidak lama lagi bagi mendapatkan pertimbangan mengenai penglibatan Malaysia dalam usaha pembangunan semula wilayah bergolak itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nota Jemaah Menteri itu akan memuatkan cadangan pembinaan sebuah hospital ehsan di Gaza yang melibatkan 150 katil yang akan dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nota itu juga akan menyebut mengenai pembangunan semula Gaza dan agenda Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) secara menyeluruh.

“Kalau (penerimaan) positif, Perdana Menteri dan Kabinet mahukan ianya (nota Jemaah Menteri) dibentangkan dalam bentuk memorandum, Kementerian Kesihatan bersedia untuk menyiapkan cadangan itu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis makan malam International Post War Gaza Rebuilding Planning Session yang dihadiri 250 tetamu dari 25 negara pada Ahad malam.

Apabila ditanya berapa banyak Malaysia telah sumbangkan untuk Gaza, Dr Dzulkefly berkata Malaysia menjanjikan RM100 juta bagi Gaza dan sehingga ini RM20 juta sudah dilaksanakan.

Pada majlis makan malam itu lebih RM30 juta dan lima ambulans berjaya dikumpulkan dari 17 penyumbang dalam dan luar negara bagi tujuan pembangunan semula Gaza.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata usaha pembangunan semula Gaza akan dimulakan pada bulan Ramadan nanti.

“Misi ini akan diuruskan oleh MAPIM bersama rakan-rakan antarabangsa kami. Semasa Ramadan, makanan akan dihantar pada kadar segera dan MAPIM bercadang membina semula hospital di bandar Gaza,” kata Mohd Azmi.

Penyumbang terbesar dalam majlis makan malam berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Well Asia Group of Companies, Datuk Seri Abdul Majid Zainal Abidin yang menyalurkan RM20 juta bagi pembangunan Gaza.

Abdul Majid, 70 ketika ditemui berkata beliau berharap sumbangan itu digunakan untuk membina semula masjid dan sekolah di Gaza.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas yang sudah lebih 120 hari telah mengorbankan lebih 28,000 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 cedera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.