14 FEB : Hari pemilihan presiden yang baharu bermula hari ini di Indonesia.
Calonnya yang juga bekas Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto kekal mendahului saingan melalui tinjauan undian yang dijalankan.
“Kami akan berjuang untuk membawa kemakmuran kepada rakyat Indonesia dan meneruskan apa yang sudah dibina oleh presiden terdahulu,” kata Prabowo yang berikrar meneruskan dasar Jokowi, lapor AFP.
Prabowo memerlukan lebih 50 peratus undi dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di lebih separuh wilayah negara itu untuk jawatan nombor satu tersebut.
Calon Naib Presiden adalah anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, 36 namun timbul tuduhan Jokowi menggunakan dana kerajaan untuk menyokong Prabowo dan pertukaran peraturan yang membenarkan calon bawah 40 tahun boleh bertanding dibuat Ketua Hakim Negara yang juga abang ipar kepada Jokowi.
Sementara itu Anies Baswedan, bekas kakitangan Jokowi dan Gabenor Jakarta disifatkan akan menjadi pencabar Prabowo sekiranya berlaku undian pusingan kedua.
Beliau bergandingan dengan Ganjar Pranowo.
Hari pengundian diisytiharkan sebagai cuti kebangsaan dengan lebih 800,000 pusat mengundi beroperasi merentasi tiga zon waktu.
Keputusan rasmi dianggar keluar selewatnya pada Mac namun petunjuk melalui kiraan pantas boleh menjangka pemenangnya.
*Foto : Bernama