nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemilu 2024: Tidak rasmi, Prabowo selesa di depan

14 FEB : Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dilaporkan berada di kedudukan selesa dalam pilihan raya Presiden republik itu usai rakyatnya membuang undi, hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Prabowo memperoleh kira-kira 58 peratus undi berdasarkan kiraan empat badan peninjau bebas.

Bilangan undi yang dikira antara 78 hingga 93 peratus setakat jam 1233 GMT.

Menurut tinjauan pendapat bebas yang menjalankan kiraan pantas di mana dalam pilihan raya sebelum ini terbukti tepat, saingan veteran itu, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo masing-masing mengekori kira-kira 25 peratus dan 17 peratus.

Sementara itu dilaporkan, kiraan awal suruhanjaya pilihan raya jauh lebih perlahan dan menunjukkan Prabowo memperoleh 57.7 peratus undi dengan kira-kira enam peratus undi direkodkan.

Prabowo mendapat sokongan secara tidak langsung daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang begitu popular lebih-lebih lagi anaknya, Gibran Rakabuming Raka digandingkan dengan bekas pesaingnya itu.

Sokongan tidak rasmi Jokowi dilihat memberi kelebihan kepada Prabowo, yang dua kali kalah dalam pilihan raya presiden kepada Presiden Indonesia itu yang tidak boleh bertanding semula kerana had penggal.

Dalam pada itu, Anies dan Ganjar menggesa rakyat tidak membuat kesimpulan mengenai keputusan itu dan menunggu keputusan rasmi, yang dijangka selewat-lewatnya 20 Mac ini.

Untuk menang dalam satu pusingan, calon memerlukan lebih 50 peratus undi dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di separuh wilayah.

Jika tiada calon yang memenangi majoriti, perebutan jawatan antara dua pemenang teratas akan diadakan pada Jun.

Pilihan raya sehari terbesar di dunia itu membabitkan hampir 259,000 calon yang bersaing untuk 20,600 jawatan di seluruh kepulauan yang terdiri daripada 17,000 pulau, namun tumpuan adalah pada saingan untuk menggantikan Jokowi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.