nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan yakin capai pertumbuhan KDNK lebih kukuh 4%-5% peratus tahun ini

16 FEB : Kerajaan Madani yakin mampu mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024 disokong oleh asas yang kukuh dan pembaharuan yang digariskan dalam Ekonomi Madani dan Belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata susulan pemetaan strategi pertumbuhan ekonomi baharu Malaysia melalui kerangka Ekonomi Madani, kerajaan akan mempercepat pelaksanaannya pada tahun ini untuk merangsang pertumbuhan ekonomi baharu dan merealisasi pembaharuan dan keadilan sosial.

“Kerajaan bertekad untuk terus mengecilkan defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini, sejajar dengan komitmen dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 5 peratus pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, lapor Bernama.

Menurut MoF, ekonomi Madani menekankan kepentingan mengislahkan ekonomi Malaysia bukan sahaja untuk menangani cabaran sistemik yang sejak sekian lama berakar tetapi juga memberikan tumpuan kepada bidang pertumbuhan yang mampan dan berdaya tahan.

Belanjawan 2024 menekankan komitmen kerajaan terhadap pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan penyasaran semula subsidi, katanya.

Katanya, penjimatan daripada langkah tersebut dapat disalurkan sebagai bantuan kepada golongan rentan dan memerlukan serta meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan awam.

Sementara itu, MoF berkata strategi dan inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas akan memacu pelaburan berkualiti dalam industri bernilai tambah tinggi terutamanya dalam industri berteknologi tinggi, peralihan tenaga dan digital serta seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat.

Mengenai KDNK 2023 yang diumumkan hari ini, katanya ekonomi negara kembali normal dengan pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus pada 2023 berikutan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan pada tahun sebelumnya (2022: 8.7 peratus).

Pertumbuhan keseluruhan tahun 2023 adalah sedikit rendah berbanding unjuran Belanjawan 2024 iaitu sekitar 4 peratus.

Meskipun persekitaran luaran yang mencabar, MoF berkata ekonomi negara telah mencatat pertumbuhan sebanyak 3 peratus pada suku keempat 2023, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada suku tahun tersebut (suku ketiga 2023: 4.8 peratus).

Peningkatan ini membantu mengimbangi penurunan perdagangan luar sebanyak 3.2 peratus berikutan kejatuhan eksport susulan permintaan global yang rendah, katanya.

MoF berkata pertumbuhan pada suku keempat 2023 disokong oleh peningkatan asas ekonomi iaitu antara lain pasaran buruh mencatat momentum pertumbuhan positif dengan kadar pengangguran berkurangan kepada paras prapandemik 3.3 peratus pada suku keempat 2023 (suku ketiga 2023: 3.4 peratus).

“Inflasi menyederhana kepada 1.6 peratus (suku ketiga 2023: 2 peratus) menunjukkan keberkesanan strategi kerajaan menyasarkan semula subsidi yang tidak menyebabkan kejutan kepada keseluruhan ekonomi.

“Pada Disember 2023, kadar inflasi mereda kepada 1.5 peratus. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding ekonomi negara maju dan serantau yang lain seperti Zon Euro (2.9 peratus), Korea Selatan (3.2 peratus), Amerika Syarikat (3.4 peratus), Filipina (3.9 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus),” katanya.

Katanya pelaburan langsung asing bersih direkodkan sebanyak RM17.1 bilion pada suku keempat 2023 (suku ketiga 2023: RM7.2 bilon).

Anwar berkata pertumbuhan permintaan domestik yang berterusan menggambarkan bahawa agenda pembaharuan oleh Kerajaan Madani mula membuahkan hasil yang positif.

“Selain daripada penstrukturan semula fiskal secara berterusan yang memanfaatkan kerajaan dan rakyat, usaha meningkatkan tadbir urus dan mempermudah urusan perniagaan telah merangsang aktiviti ekonomi, seterusnya memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.