Ekonomi Israel menguncup 19.4% tahun lepas
20 FEB : Ekonomi Israel mencatatkan penguncupan sehingga 19.4 peratus pada suku terakhir 2023 susulan perang di Gaza.
Menurut biro pusat perangkaan rejim zionis, angka itu hampir dua kali ganda daripada jangkaan pasaran.
“Penguncupan ekonomi pada suku keempat 2023 terjejas secara langsung akibat tercetusnya perang pada 7 Oktober,” kata biro itu, lapor Agensi.
Angka awal yang dikeluarkan itu menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut 19.4 peratus secara tahunan dalam tiga bulan terakhir tahun lalu.
Penurunan itu didorong kejatuhan 26.9 peratus dalam penggunaan swasta kerana keyakinan menjunam di tengah-tengah perang Gaza dan isi rumah mengurangkan perbelanjaan.
Memetik laporan Agensi Anadolu, pada suku pertama 2023, kadar pertumbuhan KDNK ialah 3.1 peratus, 2.8 peratus pada suku kedua dan 2.7 peratus pada suku ketiga.
Sepanjang 2023, ekonomi Israel berkembang 2 peratus, turun daripada 6.5 peratus pada 2022