21 FEB : Amerika Syarikat (AS) menolak resolusi gencatan senjata di Palestin yang dibawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor AFP.
Desakan pengantara berkait perkara sama juga tidak membuahkan hasil, manakala dua cadangan gencatan senjata dikemuka di PBB ditolak.
Pada Selasa, Washington memveto cadangan pertama yang dikemuka Algeria, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan tanpa syarat semua tebusan.
Duta Washington ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menyifatkan undian itu ‘terlalu berharap dan tidak bertanggungjawab’
Tindakan veto itu mencetuskan kritikan dari banyak negara termasuk China, Rusia, Arab Saudi dan juga sekutu rapat AS termasuk Perancis serta Slovenia.
Presiden AS, Joe Biden pula berdepan tekanan supaya menghentikan sokongan terhadap Israel, hingga Washington juga mengemuka draf resolusi alternatif mengenai Gaza, memberikan sokongan untuk gencatan senjata sementara di Gaza secepat yang boleh.