nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sidang Parlimen kecoh, pembangkang keluar dewan

27 FEB : Hari pertama persidangan Dewan Rakyat dicemari dengan tindakan ahli Parlimen pembangkang keluar dewan sebaik sesi sebelah petang bermula, hari ini.

Tindakan itu dibuat sejurus Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan ucapan junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pembangkang menyifatkan tindakan Johari yang memberi ruang kepada Perdana Menteri itu tidak mengikut Aturan Urusan Mesyuarat.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang bangkit mempertikai keputusan itu berkata sesi penerangan menteri disenaraikan hari ini tanpa adanya sebarang notis.

“Hari ini kami ahli Parlimen berada dalam keadaan terkejut tanpa sebarang notis bahawa penerangan menteri telah disenaraikan pada tempoh ini.

“Kami diberitahu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak ucapkan junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong lepas (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim). Saya rasa ini tidak bertepatan dengan aturan.

“Pada minggu ini dan minggu depan, perbahasan junjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh pembangkang dan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mempersoalkan mengapa anggota pentadbiran dan Anwar tidak mengucapkan perkara itu semasa minggu ketiga yang akan dijawab menteri.

Namun Johari menjelaskan, apa yang mahu diucapkan Anwar adalah ucapan terima kasih yang memang terkandung dalam peraturan 14 (1)(J).

“Saya akan serahkan kepada dewan untuk perdana menteri dengan rasa rendah diri untuk ucapkan terima kasih kepada Tuanku. Takkan itu kita nak persoalkan.

“Dalam peraturan mesyuarat jelas, selagi menteri bawa cadangan, kita biarkan ahli nyatakan setuju (atau tidak),” katanya.

Setelah suasana dewan bertambah kecoh, Johari kemudiannya memberi laluan kepada undian suara sebelum memutuskan membenarkan Anwar berucap selepas ramai ahli Parlimen menyokong.

Ahli Parlimen pembangkang kemudiannya bertindak keluar daripada dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar dewan pada penggal kali ini.

Beliau diarah keluar dewan selama empat hari bermula Selasa selepas Johari menegaskan Awang gagal mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Namun Johari menarik balik perintah melarang Awang daripada memasuki dewan selepas kira-kira sejam membuat keputusan itu.

Sebelum ini, Awang membantah keputusan Johari membenarkan Anwar menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Johari menarik balik perintah itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin merayu agar diberi kelonggaran dan meminta Awang menarik balik kata-katanya termasuk meminta maaf.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.