nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuntutan himpunan Reformasi 100 Peratus selari pendirian MCA

28 FEB : MCA menyifatkan tuntutan Perhimpunan Reformasi 100 Peratus yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selari dengan pendirian parti itu berkait tadbir urus baik dan pembaharuan institusi.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata pihaknya berharap kerajaan dapat memenuhi komitmen pada pembaharuan institusi khususnya berkaitan cadangan-cadangan yang pernah dibangkitkan MCA sebelum ini.

“Ia termasuk menjamin kebebasan Jabatan Peguam Negara (AGC), pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Parlimen, pelantikan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun negara, serta penggubalan Akta Dana Politik, Akta Kebebasan Maklumat dan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Pembaharuan institusi juga penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan seperti AGC, SPRM, mahkamah dan sebagainya, dengan memberi jaminan bahawa tiada campur tangan politik, dan mana-mana keputusan yang diambil telah dibuat secara bebas, adil dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, peserta himpunan berkumpul di Plaza Tugu Negara sebelum mereka berarak kira-kira 900 meter menuju bangunan Parlimen.

Ia bagi menyerahkan tuntutan yang antara lain berkaitan dengan pelaksanaan agenda reformasi 100 peratus, tolak keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap mana-mana ahli politik dan menolak undang-undang dua darjat.

Mengulas lanjut Yee Fung berkata MCA pernah menyeru kerajaan agar menggubal undang-undang bagi memastikan penjawat awam serta pembuat keputusan akan tertakluk pada penyeliaan semak dan imbang.

Katanya, ia juga bagi memastikan prinsip ketelusan, profesionalisme, akauntabiliti dan kebebasan dapat ditegakkan.

“Ditekankan, manifesto pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Harapan (PH) turut menyenaraikan janji-janji berkenaan pembaharuan institusi.

“Memandangkan kerajaan hari ini adalah campuran komponen BN dan PH, maka tidak harus ada halangan kepada kerajaan perpaduan untuk menepati janji-janji tersebut,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.