nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor dukacita dengan kenyataan Hadi

29 FEB : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyentuh alim ulama, peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda Sultan menzahirkan dukacita itu menerusi surat yang diutus kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari lalu.

“Antara intipati surat berkenaan, baginda menyifatkan Abdul Hadi yang membuat kenyataan terbuka di media sosial itu tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari.

“Khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Alamin Jenayah Syariah Kelantan 2019.

“Kenyataan sinis Abdul Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

“Kenyataan Abdul Hadi mengkritik hakim yang dikatakan gagal mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam sebenar dan kononnya dicipta dan digubal oleh penjajah mengikut acuan mereka dengan tujuan menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air,” katanya.

Pada 20 Februari lalu, Abdul Hadi mengeluarkan satu kenyataan bertajuk Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan melalui portal berita pas.org.my.

Dalam pada itu, Muhammad Munir berkata surat lima halaman itu juga menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

‘Sekiranya Abdul Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan baginda, Abdul Hadi akan dapat memahami maksud sebenar baginda.

“Abdul Hadi seorang Ahli Parlimen veteran yang beberapa kali mengangkat sumpah setia jawatan dengan penekanan kepada sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan sejak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi.

“Adakah Abdul Hadi tidak lagi menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara? Tidakkah ini juga menggambarkan Abdul Hadi sengaja mencetuskan polemik politik demi meraih sokongan rakyat khususnya umat Islam yang berbangsa Melayu,” kata surat itu.

Katanya, baginda menasihati Abdul Hadi lebih berhati-hati agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan-kenyataan yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

“Baginda juga menitahkan agar ahli-ahli politik dan pemimpin politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing,” kata surat berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.