1 MAC : Kadar baharu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dinaikkan kepada 8 peratus akan mula berkuat kuasa, hari ini.
Sebelum ini cukai SST ditetapkan pada kadar 6 peratus.
Pada Oktober lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri mengumumkan peningkatan kadar itu ketika membentangkan Belanjawan 2024.
Beberapa sektor perkhidmatan dikecualikan membabitkan makanan, minuman, telekomunikasi serta tempat letak kereta.
Namun, kerajaan masih belum memutuskan untuk membuat pengecualian terhadap bil air dan elektrik.
Kadar baharu cukai ini dijangka akan menambah hasil kutipan kerajaan di mana pada tahun lalu, Malaysia mencatatkan kutipan kurang RM30 bilion.
Hasil itu sekali gus meletakkan Malaysia sebagai antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus.
Menurut laporan, dengan pelaksanaan cukai baharu ini, Kementerian Kewangan menganggarkan tambahan RM3 bilion hasil pada tahun depan.