nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwa PM salah guna kuasa, Wan Saiful mohon maaf pada Anwar, Agong

5 MAC: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan ,pada hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat susulan dakwaan beliau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang menyalahgunakan kuasa pada 28 Februari lalu.

Wan Saiful turut memohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kerana menyentuh perihal baginda semasa mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya memang ada menyebut perenggan yang berbunyi ‘korup itu menyalahgunakan kuasa’,dan ayat itu memang saya tujukan kepada Tambun (Anwar).

“Jadi saya menarik semula kenyataan tersebut dan saya juga memohon maaf di atas kenyataan tersebut.

“Saya dengan rendah diri juga mengakui kekhilafan sekiranya menyentuh perihal Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Saya memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut, sekian terima kasih,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberi ruang kepada Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu melakukan permohonan maaf sebelum usul untuk menggantungnya di Parlimen selama enam bulan dibentangkan oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini bermaksud Yang Berhormat (Wan Saiful) telah memohon maaf kepada Tambun (Anwar) dan menarik balik kenyataan itu dan mohon maaf kepada agong, untuk itu saya terima, saya anggap kita boleh selesaikan masalah ini selepas permohonan maaf telah dilakukan secara terbuka,” katanya.

Susulan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan beliau menarik balik usul dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut bangun mencelah dan menyatakan beliau menghargai keputusan penarikan usul itu oleh pihak kerajaan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Speaker atas tindakan yang bijaksana dalam menyelesaikan isu ini sebaik mungkin dan saya rasa rakyat nampak bahawa ahli-ahli Parlimen adalah yang bertanggungjawab demi agama dan masa depan negara,” katanya.

Selepas itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang juga Pengerusi Backbenchers turut mencelah dan meminta tindakan yang dibuat Wan Saiful dijadikan pengajaran dan iktibar serta peringatan kepada semua.

Terdahulu, Wan Saiful mendakwa Anwar menyalahgunakan kuasanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, minggu lalu.

Kenyataannya itu mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat sehingga memaksa Wan Saiful menarik balik semula kenyataannya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.