nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Potensi luas kukuh perkongsian ASEAN-Australia

6 MAC : Perkongsian ASEAN-Australia mempunyai potensi luas untuk diperkasakan lagi termasuk memperkukuh ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN dan mempercepatkan perjalanan peralihan tenaganya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengetengahkan bidang kerjasama yang dipertingkatkan, Anwar pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu menggesa mempercepatkan penggunaan dan penglibatan perniagaan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand terutama bagi PMKS.

Pada sesi pleno sidang kemuncak itu, Anwar menegaskan, Malaysia komited terhadap pembangunan PMKS sebagai pemacu pekerjaan, inovasi dan dinanisme ekonomi.

“Malaysia melihat potensi besar sokongan daripada Australia untuk memperkasakan ekosistem PMKS ASEAN, terutama menerusi transformasi digital, pembinaan kapasiti, akses pasaran, amalan mampan dan mengupayakan penyertaan PMKS yang saksama,” katanya, lapor Bernama.

Menangani perubahan iklim melalui peralihan tenaga dan kerjasama, Anwar berkata Malaysia berjanji untuk mencapai peralihan saksama dalam sektor tenaga termasuk pelepasan gas rumah hijau sifar menjelang 2050, dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Australia ketika ASEAN berusaha mempercepatkan perjalanan peralihan tenaganya.

“Dalam kemajuan kita, kita harus berhati-hati dengan keperluan ekonomi yang berbeza antara satu sama lain dan bergerak untuk memastikan transisi adil, inklusif dan saksama untuk semua, iaitu isu-isu berkaitan kewangan iklim, insentif, teknologi dan infrastruktur ditangani dengan sewajarnya,” kata beliau.

Malaysia akan menjadi hos Forum Pekerjaan Hijau ASEAN tahunan yang pertama di Kuala Lumpur bulan depan, dengan sokongan Australia, yang inisiatif merentas sektor itu dijangka menyumbang kepada pekerjaan hijau dan pembangunan kemahiran hijau di rantau ini, katanya.

Mengenai pembangunan modal insan, Anwar berkata sokongan Australia termasuk melalui Majlis TVET ASEAN ke arah memupuk pembangunan bakat di rantau ini amat dialu-alukan.

Beliau menggesa agar kerjasama dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) diperluaskan untuk memasukkan disiplin baharu seperti teknologi hijau, Revolusi Perindustrian Keempat dan kecerdasan buatan.

Mengenai kesalinghubungan, Anwar berkata, Malaysia akan menjadi hos bersama Forum Kesalinghubungan Maritim dengan Australia dan Korea Selatan pada Jun ini dan berharap dengan pembabitan pakar dalam pendigitalan dan automasi, dapat meningkatkan lagi kapasiti infrastruktur.

Dalam memudahkan peralihan Timor Leste kepada keanggotaan penuh ASEAN, Anwar berkata Malaysia, Australia dan Timor Leste berjaya melaksanakan program pembinaan kapasiti tiga hala pada 2023 dan pegawai terbabit kini dalam perbincangan untuk menjalankan program kedua yang akan dilaksanakan pada akhir tahun ini.

Dalam ucapannya, Anwar dalam meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, memuji peranan bersejarah Australia sebagai rakan kongsi luar pertama ASEAN, menekankan hubungan yang berakar umbi dan komitmen bersama yang telah membentuk evolusi perkongsian itu.

Beliau berkata hubungan ASEAN-Australia telah berkembang pesat merentasi tiga tonggak, didorong oleh visi bersama untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serta hubungan rakyat dengan rakyat yang luar biasa.

“Perkongsian ASEAN-Australia telah menjana kesan perubahan positif yang menyentuh kehidupan ramai individu di rantau kita.

“Menyedari perkara ini dan landskap global yang semakin tidak menentu, marilah kita terus maju ke hadapan dengan cara yang membina untuk masa depan yang lebih selamat dan lebih baik untuk semua,” katanya.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dialog Australia dengan ASEAN.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.