nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lihat Malaysia sebagai destinasi modal, PM seru pelabur asing

7 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.

Semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Asean di Melbourne, Australia pada Khamis, beliau mengetengahkan kenyataan keyakinan kukuh mengenai ekonomi Malaysia, menjangkakan peningkatan pelaburan, prestasi ekonomi dan prospek yang lebih baik bagi ringgit tahun ini.

Selain membentangkan petunjuk ekonomi utama yang menggariskan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan bertambah baik, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan yang stabil.

“Malaysia sudah kembali. Saya yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dan masa depan kami sebagai rakyat dan negara. Pada 2023, kami merealisasikan lonjakan 23 peratus dari segi pelaburan langsung yang diluluskan kepada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak RM329.5 bilion.

“Kami yakin jumlah ini akan bertambah pada 2024, dengan manfaat yang semakin meningkat untuk rakyat, apabila pelaburan komited diterjemahkan kepada projek baharu, pekerjaan bergaji tinggi baharu, peluang baharu untuk pemindahan teknologi dan penambahan kemahiran dan ya, peningkatan prospek untuk ringgit,” katanya pada persidangan itu yang dihadiri oleh pegawai peringkat ketua pegawai eksekutif di sana, lapor Bernama.

Anwar turut mengutarakan program transformasi dinamik yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia Madani, di samping menekankan semua perkara itu diterjemahkan kepada persekitaran politik, ekonomi serta sosial yang lebih baik dan kondusif untuk pelabur antarabangsa.

“Malaysia Madani lebih daripada kembali kepada nilai tradisional, atau penerapan nilai-nilai murni baharu. Kerangka visi itu merupakan program kerajaan yang komprehensif dan mendalam bertujuan membangunkan perubahan yang pada dasarnya positif, namun transformatif dalam dasar fiskal, pembaharuan subsidi dan semangat tadbir urus yang lebih tinggi di samping peningkatan prestasi peserta ekonomi swasta.

“Dalam program transformasi Madani kami terdapat tonggak ekonomi baharu: Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu, yang akan menyokong transformasi kami kepada ekonomi Abad Ke-21 yang lestari, lebih mampan dan lebih makmur,” katanya.

Perdana Menteri berada di Melbourne, mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Malaysia-Australia kedua pada 4 Mac serta Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia, dihoskan oleh Australia, yang diadakan dari 5 hingga 6 Mac, 2024 untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog Asean-Australia.

Anwar kini berada di Canberra sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi berturut-turut ke negara itu, atas jemputan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.