8 MAC : Jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta mula menunaikan solat Tarawih, Rabu lalu dan menyambut 1 Ramadan pada Khamis.
Hal tersebut tersebar melalui video yang tular di media sosial menunjukkan jemaah masjid tersebut menunaikan solat Tarawih.
Imam Masjid Aolia, Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata solat Tarawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat Tarawih yang dilakukan di lokasi lain.
“Semua sama dengan saya, saya menjadi imam itu, masing-masing ada imam yang diwakilkan kepada saya.
“(Solat Tarawih) saya dengan witirnya itu 23 rakaat. Sebaiknya kita saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” katanya, lapor Agensi.
Difahamkan, jemaah lain juga turut mengadakan solat Tarawih di masjid lain sekitar 20 meter dari rumah imam itu.
Dalam pada itu, KompasTV melaporkan Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa’ban Nuroni pernah berkata meski berbeza pendapat namun pihaknya akan terus memudahkan jemaah tersebut.
“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata dipetik Tribun Jogja.