9 MAC : Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan mengakui gencatan senjata antara Israel dan Hamas sukar dicapai menjelang Ramadan.
“Saya pastinya bimbang mengenai kemungkinan keganasan di Baitulmaqdis timur yang dikuasai Israel ketika Ramadan semakin hampir.
“Seperti mana saya katakan sebelum ini, tanpa gencatan senjata sebelum Ramadan, Israel dan Baitulmaqdis boleh menjadi kawasan yang sangat, sangat berbahaya,” katanya, lapor AFP.
Pada Jumaat, Jurucakap Briged Ezzedine al-Qassam, Abu ObeidaHamas berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur sama sekali dalam soal pembebasan tebusan selagi Israel tidak berundur dari Gaza.
“Keutamaan kami untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan adalah komitmen sepenuhnya bagi menghentikan pencerobohan dan pengunduran musuh, dan tidak ada kompromi dalam hal ini.
“Hamas juga mahu ketenangan untuk rakyat kami, kepulangan orang yang kehilangan tempat tinggal dan pembinaan semula,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen.