nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Jerman gesa gencatan senjata kekal di Gaza

12 MAC : Malaysia dan Jerman hari ini menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan, manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.

Ketika membuat gesaan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Canselor Jerman, Olaf Scholz, berkata masyarakat antarabangsa perlu merealisasikan penyelesaian dua negara bagi menoktahkan konflik yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad di Timur Tengah.

“Kadangkala kita berbeza pendapat, namun saya rasa dalam isu seperti peperangan di Gaza, kita mencapai kata sepakat bahawa gencatan senjata perlu dilaksanakan segera, manakala bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Palestin,” katanya pada sidang akhbar bersama Scholz, lapor Bernama.

Terdahulu, Anwar yang berada di Berlin dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke Jerman mengadakan mesyuarat dua hala dengan Scholz dan konflik di Gaza, penyelesaian dua negara serta kesengsaraan rakyat Palestin adalah antara isu yang dibincangkan.

Anwar berkata, Malaysia mengakui bimbang dengan kejadian pada 7 Oktober 2023 ketika konflik di antara Hamas dengan Israel, bermula namun merayu kepada masyarakat Eropah dan Jerman khususnya untuk mengambil maklum fakta bahawa kekejaman dan penindasan ke atas rakyat Palestin sudah berlaku selama berdekad-dekad sebelum itu.

Bercakap mengenai isu sama, Scholz berkata, Jerman yang dikenali sebagai sekutu Israel bersetuju dengan Malaysia gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan bagi mencari penyelesaian secara aman dalam krisis di Gaza.

Canselor Jerman itu berkata, mereka kini menjalin kerjasama rapat dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Arab bagi mengekang peningkatan pertempuran serta mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

“Saya harap kita akan dapat merealisasikan pelaksanaan gencatan senjata kekal sepanjang Ramadan ini pembebasan tawanan oleh Hamas. Ini boleh membawa kepada penyaluran lebih banyak bantuan ke Gaza,” kata Scholz yang menambah beliau gembira Anwar memilih untuk berkunjung ke Jerman pada hari pertama Ramadan dan berbuka puasa dengan delegasi Malaysia.

Ditanya sama ada pertemuan hari ini mampu mempengaruhi pelaksanaan gencatan senjata serta-merta di Gaza, Anwar berkata, kedua-dua negara boleh memainkan peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

“Jerman mempunyai hubungan yang baik dengan Israel dan kami mempunyai hubungan yang lebih baik sedikit dengan Palestin. Satu-satunya penyelesaian ketika ini ialah gencatan senjata kekal, manakala penyelesaian akhir ialah dua negara dan ini boleh dilakukan jika masyarakat antarabangsa mempunyai keberanian dan komitmen,” kata Perdana Menteri.

Mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Hamas, Anwar berkata, dasar luar negara selama ini konsisten dan merujuk pendirian Malaysia yang menentang aparteid serta pembersihan etnik.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas, namun menegaskan negara ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan militan.

Anwar juga berkata, kekejaman yang berlaku sebelum ini selama berdekad-dekad juga tidak boleh dipadamkan dengan hanya melihat kepada sebelah pihak.

“Penyelesaiannya? Ia bukan sekadar membebaskan tawanan. Ya, ya, saya pernah menyatakan kebimbangan dan meminta mereka dibebaskan. Namun, adakah selepas itu kita akan menyaksikan semuanya dinoktahkan? Bagaimana pula dengan penempatan (yang diduduki oleh penceroboh dari Israel)?” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.