14 MAC : PKR tidak akan menerima bulat-bulat mana-mana permohonan untuk menyertai parti itu.
Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil berkata setiap permohonan akan disaring bagi mengelak ‘kuda Trojan’ menyertai PKR.
“PKR memang parti terbuka tetapi kita ada mekanisme untuk pastikan tiada ‘kuda Trojan’ atau pihak yang mendatangkan kemudaratan,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian susulan gesaan pemimpin PKR, Hassan Karim yang mahu partinya berhati-hati dalam menerima pemimpin yang berpalung tadah dari parti lain.
Tegas Hassan, ia bagi melindungi imej bersih parti itu.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata PKR sebelum ini menangguhkan permohonan individu selepas disaring.
Baru-baru ini, bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Faiz Na’aman dan bekas ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah dilaporkan menyertai PKR.