16 MAC : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua Bahagian Negeri Kelantan.
Ia berlangsung di kediaman Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dekat Mukim Batang Merbau di Tanah Merah.
Perjumpaan itu bermula pada 5.20 petang, lapor Bernama.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri itu disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bersama beberapa pimpinan UMNO negeri.
Perjumpaan hampir sejam itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.