19 MAC: Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan memberi peluang kepada anak terdampar berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi warganegara Malaysia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak berkaitan boleh memohon menerusi pendaftaran mengikut Perkara 19(b).
“Yang kita nak sebut, adakah kerajaan tutup pintu? Tidak. Kerajaan akan memproses secara pendaftaran,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sementara itu bagi anak terdampar yang berusia 5 hingga 10 tahun, mereka tertakluk pada Perkara 15(a).
“Perkara 15(a) ini adalah permohonan secara pendaftaran dalam kategori anak tidak sah taraf, anak angkat dan anak di bawah jagaan.
“Apabila umur mereka meningkat, Perkara 15(a) inilah jalannya,” katanya lagi.
Pada sidang media sama, Saifuddin memaklumkan, sebanyak 80 peratus daripada 3,903 permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran diluluskan setakat 7 Mac.
Selebihnya ditolak susulany permohonanang tidak lengkap, menggunakan dokumen palsu selain tidak melepasi tapisan keselamatan.
“Permohonan yang ditolak boleh dikemukakan semula dengan lengkap selain perlu memastikan anak itu berada di Malaysia,” katanya.
Pada 8 Mac lalu, Kabinet meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.