20 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.
Sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah penyanyi itu di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor semalam.
“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” kata Anwar menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook, hari ini, lapor Bernama.
Anwar berkata, beliau juga difahamkan Mohd Ali sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku diusahakan isterinya yang boleh dihubungi di talian 011-70700885.
Sebelum ini media tempatan melaporkan Mohd Ali, 56 pernah diserang penyakit angin ahmar dua tahun lepas.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim