23 MAC : Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu masih belum dibincangkan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia bagi menghormati keluarga ADUN Kuala Kubu Baharu, mendiang Lee Kee Hion yang meninggal dunia, kelmarin
“Tidak bincang lagi, tidak bincang apa-apa lagi. Baru lagi (pemergian mendiang). Kita hormat elok-eloklah. Kita tidak bincang lagi.
“Setakat ini, kita tak ada apa-apa. Biar keluarga dia berkabung dahulu barulah kita nak cakap politik,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pemergian Kee Hion dalam satu kenyataan.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.
Notis kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.