nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Stoking: Akmal dakwa terima ugutan bunuh

26 MAC : Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa menerima ugutan bunuh, hari ini dipercayai susulan kelantangannya dalam isu stoking yang tertera kalimah Allah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata ugutan itu dimaklumkan oleh seseorang yang menghubunginya ketika dalam perjalanan ke satu program di Lipat Kajang, pagi tadi.

“Saya terima satu panggilan telefon daripada seorang hamba Allah yang menyatakan bahawa dia risau kerana dia mendengar ada satu ugutan bunuh terhadap saya, malah dia memaklumkan ugutan jika Ketua Pemuda UMNO ini terus bercakap mengenai soal KK Mart ini dia pasti akan ditembak mati satu hari nanti.

“Jadi, hamba Allah ini menunjukkan dia betul-betul serius mengenai ugutan yang didengari ini dan dia pun sudah membuat laporan polis mengenai apa yang dia sendiri dengar.

“Insya-Allah, jam 5.30 petang ini saya juga akan buat satu laporan polis untuk melindungi saya dan juga keluarga,” katanya dalam satu hantaran video di media sosial.

Namun beliau bertegas tidak akan berganjak daripada pendiriannya sebelum ini demi agama.

“Jangan risau, saya tidak akan berganjak walau seinci terhadap pendirian. Saya akan tetap (teguh) sebab saya percaya dalam Surah Muhammad, ayat tujuh Allah berfirman: “Kalau kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu, malah akan meneguhkan lagi pendirian kamu”.

“Kita ada Allah, Lillahi Taala, insya-Allah saya serahkan kepada Allah dan juga pihak berkuasa untuk siasatan seterusnya. Jangan mengalah, kekal boikot,” kata Ketua UMNO Bahagian Jasin itu.

Akmal sebelum ini lantang mengkritik isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah

Beliau juga menuntut Pemuda UMNO melancarkan kempen boikot KK Mart dan ia mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Pagi tadi, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melukakan perasaan umat Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah.

Mengikut pertuduhan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.