29 MAC : Seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis ditahan bersama enam pucuk pistol.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pistol tersebut ditemui dalam beg di sebuah bilik hotel.
“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Razaruddin, ketika disoal siasat, suspek berusia 36 tahun itu mengakuu kedatangannya ke negraa ini bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
Katanya, suspek masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).
Suspek direman bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
Beliau memaklumkan pihaknya waspada terhadap keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong.
“Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel. Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong serta pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.
“Mungkin dia (suspek) ada agenda yang lain yang dia datang sini bermula 12 hari bulan sehingga tertangkap,” katanya.
Tambahnya, polis juga menumpu siasatan ke arah kemungkinan suspek perisik Israel.