nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari UMNO Selangor

1 APR : Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  meletakkan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor berkuat kuasa hari ini.

Mengumumkan perkara itu di Facebook Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata keputusan dibuat susulan melihat kebangkitan UMNO di Selangor yang dilihatnya hambar selain tidak sehaluan dengan pusat.

“Saya melihat sendiri bagaimana Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat. Namun, sejauh mana hebat perencanaan pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah.

“Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar, malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Tengku Zafrul, pendekatan dan prinsipnya mudah iaitu jika tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan maka beliau tidak harus memegang sesuatu jawatan.

“Lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif.

“Sewaktu saya dipilih sebagai ahli MKT UMNO dari Selangor dan dilantik Bendahari UMNO Selangor lebih setahun dulu, saya sudah meletakkan satu matlamat utama untuk menyumbang kepada kebangkitan UMNO di Selangor,” katanya.

Malah katanya, UMNO sukar digelar parti nasional atau parti untuk masa depan sekiranya keberadaannya di Selangor tidak kuat.

“Selangor negeri amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak. Demografinya majmuk dengan asas majoriti Melayu Bumiputera, ditambah dengan keseimbangan bandar serta luar bandar, mencerminkan dinamika Malaysia yang lebih luas.

“Kerancakan ekonominya sentiasa meletakkan Selangor sebagai lokasi tumpuan segenap aktiviti,” katanya.

Tambahnya, keputusan pilihan raya negeri di Selangor tahun lalu sewajarnya menjadi tanda jelas sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.