2 APR : Tiada penganjuran majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya akan menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan di peringkat negeri atau kementerian.
“Saya putuskan untuk sambutan Aidilfitri tidak buat majlis besar-besaran di Seri Perdana tahun ini.
“Saya akan ikut beberapa sambutan di negeri-negeri, oleh kementerian-kementerian sepertimana sambutan Ramadan.
“Ada kementerian terajui saya hadir, tidak menokok belanja kalau buat besar-besaran di Seri Perdana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hari ini.
Dalam ucapan sama, Anwarmengingatkan semua agensi dan kementerian untuk berjimat cermat serta menganjurkan sambuta hari raya dalam skala sederhana
“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya yang juga Menteti Kewangan.